Industri
perkahwinan kecoh seketika apabila jabatan agama islam wilayah persekutuan
mengumumankan kenaikan harga yuran kursus kahwin dari RM80 kepada RM120 pada
tahun 2015 dan peserta kursus bakal jalani ujian pengetahun islam. Maka selepas
itu ramai la bakal-bakal pengantin dan yang tidak plan nak kahwin pun
berpusu-pusu menghadiri kursus perkahwinan kerana ingin mengelakkan harga baru
yang bakal dilaksanakan pada tahun tersebut.
Seterusnya
kenaikan harga yuran kursus kahwin diikuti di negeri johor dengan kadar baru
sebanyak RM120 seorang dan negeri Perak RM100 seorang
Rasanya
semua pasangan muslim di negara ini pun tahu, ‘sijil kursus kahwin’ ini antara
dokumen yang wajib ada bila nak melangsungkan pernikahan. Jadi nak tak, wajib
pergi kursus kahwin ini untuk medapatkan sekeping kertas berharga tersebut.
Menerusi
satu surat rasmi yang diedarkan dari Pejabat Pengarah Jabatan Agama Islam
Wilayah Persekutuan (JAWI) 29 Januari lalu, kadar bayaran penyertaan dan sijil
kursus Modul Bersepadu Kursus Pra Perkahwinan Islam (MBKPI) di seluruh Wilayah
Persekutuan dimaklumkan, dinaikkan kadarnya mulai Februari 2015.
Alasan
kenaikan ini yang turut disertakan dalam surat tersebut adalah ‘peningkatan kos
hidup semasa’. Selain kos-kos yang ditanggung oleh penguasaha pusat kursus
kahwin yang tinggi ekoran kenaikan kadar sewa banggunan dan tarif elektrik.
Kami
percaya pihak terbabit sudah tentu menjalankan kajian secukupnya sebelum harga
‘kursus kahwin’ ini dinaikkan.
Sijil
kursus kahwin itu pula adalah kehendak undang-undang negara dan bukannya
termaktub dalam hukum agama tapi terpaksa diambil sebab itulah ‘law’ kalau nak
bernikah, atas dasar memberi kesedaran kepada anak-anak muda yang bakal
melangsungkan perkahwinan bertapa pentingnya ilmu pengurusan rumahtangga,
kewangan, kesihatan, pentingnya solat dalam menjamin kesejahteraan sesebuah
perkahwinan dan prosedur pernikahan
Kenaikan
harga sebanyak RM20 ke RM40 mungkin kecil bagi sesetengah orang tapi buat bakal
pengantin yang tak lena tidur dok memikirkan kos kenduri kendara dan kos
selepas nikah sejajar dengan peningkatan kos hidup,dan tidak mustahil adanya
yang bakal-bakal pengantin ini ada yang postpone dulu hasrat nak kahwin sebab
perkara basic iaitu ambil sijil kursus kahwin dulu pun dirasakan mahal sangat.
Lagi
satu kalau kadar harga di Wilayah Persekutuan naik, dan ikuti oleh beberapa
negeri, tidak mustahil harga kursus pra-perkahwinan di negeri lain pun ikut
naik lepas ni ye tak?
Apa
pun kepada bakal pengantin, berbelanja la kenduri ikut kesedarhanaan dan
kemampuan tidak perlu dibuat secara besar-besaran, yang penting perkara baik
dimudahkan dan dihalalkan.
Dan
dari admin, kepada bakal-bakal
pengantin, berkursus lah segera ..jangan sampai last minit baru nak mecari
tempat untuk berkusus kahwin, banyak lagi prosedur selepas kursus kahwin
seperti penyediaan borang, hiv test ..persiapkan diri dan segala dokumen agar
perjalanan pernikahan anda berjalan lancar hendaknya
No comments:
Post a Comment