Kisah
ini dipetik dari salah satu fail mahkhamah syariah, dan dan diceritakan semula
oleh adik kepada si mangsa keadaan, semua maklumat seperti tahun kes, lokasi
dan identiti yang terlibat dirahsiakan
Dah
Mengandungkan Anak Ketiga Baru Suami isteri Ini Tahu Perkahwinan Mereka Tak
Sah! Tak sangka selama ini fikirkan perkahwinan sah, lepas dah berkeluarga baru
tahu rupa-rupanya perkahwinan kakak kepada gadis ini tiba-tiba terbatal sewaktu
mengandungkan anak ketiga!
Daripada
kisah ini, ia dapat membuka mata kita agar sentiasa alert jika ingin melangkah
ke alam perkahwinan. Jadikannya sebagai iktibar, terutamanya kepada wanita yang
kehilangan ayah dan bertapa pentingnya susunan wali yang di ajar dalam kursus
perkahwinan
Perkahwinan
terbatal oleh mahkamah sebab salah wali. Punca daripada tok kadi
“Perkahwinan
kakak aku dibatalkan oleh mahkamah sebab salah wali. Punca dari tok kadi.
Perkongsian ini buat sesiapa yang dah
kehilangan ayah TAPI atok(side ayah) masih hidup. Dan khas buat selangorian.
Sebab lain negeri, lain jabatan agamanya.”
“Aku
ada tiga kakak, A, B, dan C. A kahwin masa papa hidup. B & C tak kawen lagi
tapi papa dah meninggal (Al-fatihah). Atok masih hidup. Abang aku pun hidup.”
“Masa
C kahwin, dia guna abang aku as wali. All went well. Tok kadi masa tu tak ada
tanya pun atok aku hidup lagi ke tak so just proceed jela dengan abang aku as
wali. Time tu tok kadi tu dah nak pencen”
“Tapi
their marriage macam tak berapa nak happy. Aku perasan rezeki diorang macam
disekat. Macam something wrong somewhere. Sampai lah diorang ada anak 2 orang.
At this point, dua-dua diberhentikn kerja(contract). Allahu, aku tak tahu nak
cakap apa masa ni sebab sedih teruk.”
Mula-mula
semua berjalan lancar memandangkan abang masih hidup, jadi secara langsungnya
menjadi wali kepada pasangan kakak ketiga. Namun, tanpa diduga ini yang terjadi
sewaktu kakak kedua ingin berkahwin
Tok
kadi tak tanya pun atuk hidup lagi ke tak
“Aku,
mama & kakak yang lain tolong sehabis boleh nak support life diorang &
diaorang pun dah start berniaga. Time ni kakak aku ni dah pregnant anak ke-3.
Alhamdulillah. Time ni jugak kakak aku si B nak kahwin.”
“Si B
buat lah proses nk kahwin tu mcm biasa.”
“Guna
abang aku as wali. Sesampai je dia mengadap tok kadi, Seraya tok kadi bertanya,
‘Ayah
dah meninggal ya?’
‘Ya’
‘Atok
dah meninggal ya?’
‘Belum’
‘Tapi
kenapa abang awak jadi wali bukan atok?’
‘Sebab
haritu adik saya kahwin, abang saya jadi wali”
‘Eh,
tak sah tu. atok kena jd wali. Bukan abang’ ‘Eh’
Ahhhh
sudah. Jem kejap satu family bila kakak aku si B ni inform sebab yang si C dah
pregnant anak ke-3 pula tu.
Okay,
time ni tok kadi nya tok kadi baru. Yang dah pencen tu aku tatau lah kemana
pegi nya.
Perkahwinan
dibatalkan, kena turun naik mahkamah
“Atok
aku ni orang perak. Jauh sikit si B nak pergi buat wakalah
walinya.Alhamdulillah settle si B ni. Sementara si C ni nak kena turun naik
mahkamah, dah dapat tahu dibatalkan perkahwinan dia tadi tu. Jadi dia tinggal
lah berasingan dengan laki dia, duduk rumah mak aku.”
“Kami
bawa lah mereka ni balik Perak nak buat wakalah wali dengan tok ni tadi. Atuk
pula nazak. Ayah sedara aku ni imam dekat sg. Durian sana, Jadi dia tolong lah
kami ni nak buat wakalah wali. Kami pula diceramahkan sebab kahwin tu tak sah
dan dibatalkan.”
“Buat
wakalah wali ni tergendala la kejap sebab atok tengah nazak dan lepas atok
meninggal, baru lah buat wakalah wali baru guna abang as wali. Time ni memang
banyak perselisihan dengan family side perak sebab semuanya agamawan.”
Lepas
dah dapat tahu bahawa perkahwinan kakaknya yang ketiga itu telah dibatalkan,
mereka terpaksa membuat urusan mahkamah untuk selesaikan masalah. Alhamdulillah
segalanya selesai.
Tapi,
disebabkan kakaknya sudah mempunyai zuriat, berlaku pula cabaran baru.
Dapat
perintah nikah balik. Nikah mcm biasa. Selesai..Tapi…
“Lepas
atok meninggal, pergi naik turun mahkamah. Aku sebagai saksi, angkat sumpah apa
semua, menjawab dengan hakim pasal pernikahan tu, cuak!”
“Best
part is, hakim bukan geleng kepala beb. Dia tepok dahi. Kakak aku pulak pergi
gelak dalam tu sebab benda ni jadi sebagai punca je.”
“Gila
kau. Anak dah nak masuk 3, tetiba kena batal. Memang tepuk dahi lah hakim tu
aku yang cuak dalam kandang saksi tu pun ada la senyum sikit dari tergagap je.”
“So
dapat perintah nikah balik. Nikah mcm biasa. Setel.”
“TAPI,”
“Part
anak tak setel lagi. Sebab bila perkahwinan dah dibatalkan, automatik pertalian
anak juga terpisah. So kena lah buat ‘nasab anak’. Nasab anak ni, untuk sahkan
itu anak dia. Kena tunggu yang baby tu lahir dulu, buat sekali”
Kena
buat nasab anak…Tertangguh selama 2 tahun sebab..
“Nasab
anak dia dah tertangguh selama 2tahun. Entah hamba Allah mana la yang cakap ke
family kakak aku ni, kalau buat nasab anak nanti anak kena amek dengan jabatan
kebajikan.”
“Aku
tak tahu lah kenapa senang benar percaya cakap org. Cakap aku yang usahakn mcm2
ni tanak dgr. so, kakak aku lahirkan baby girl, baby anak syurga(oku). Dia ada
masalah cleft lip, tulang punggung, jantung & satu lutut tak boleh di lipat
which is takde tempurung lutut.”
“So
disebabkan baby ni ada banyak masalah kesihatan, ktorg push diorg suruh buat
nasab anak cpt2 sbb benda2 kaitan agama ni jgn lah dibuat main. Tak kita yg
kena, anak2 kecil yg tak salah tu kena akibatnya. Tak jugak dibuat sbb tkut
kena amek dgn jbtn kebajikan”
“Aku
jejak lagi kaki ke mahkamah nak setelkan nasab anak. Bukan payah pun. Isi
borang je, lampirkan documents. Dah setel. Kan senang? Aku kesiankan ank buah
aku tu, sampai skrg tak setel lg medical dia tu”
“Nasab
anak ni pun jgn dibuat main, nak nak pula bila ada ank perempuan. Naya weh dia
nk kawen esok satgi, bapak taleh jd wali. Naya wehh naya. So lepas setel nasab
anak nt, maka setellah alkisah kakak aku ni.”
Pesanan
untuk kaum adam
“Aku
nak ingatkan ke semua lelaki, tolong amek berat sikit part ni. Sebab tu dalam
agama, lelaki, ada tanggungjawab besar dalam keluarga hatta dlm agama
sekalipun”
“So
kakak aku sekarang housewife jaga anak dia sebab kena selalu berulang ke
hospital. Doakan dia & husb dia dimurahkan rezeki & doakan anak buah
aku sihat mcm anak2 yg lain. Anak syurga tu. alhamdulillah anak dia lg 2 tu
bijak anaknya. Hafiz hafizah inshaAllah.”
“Untuk
yang tanya psal anak sah ke tak. Anak tu tetap sah anak diorg. Dari segi agama,
anak tu tak salah. Even kakak aku dan husband dia pun tak salah. Cumanya ada
procedure perlu dibuat supaya benda ni disetelkan dengan cara yang betul. Hanya
perkahwinan je yang affected.”
“Apa
aku nak tekankan kat sini, bab agama ni jangan lah buat main. Aku dah perasan
lama macam ada benda tak kena tapi time tu aku budak ni. Bila dah besar ni, aku
pegang lah taggungjawab nak setelkan semua ni untuk kakak2 aku..”
“Maaf
kalau ada salah silap. Kami tahu kami tak sempurna. Jadi perkongsian ini buat
lah teladan. Kes ni dah lama, cuma baru sekarang dikongsi bersama. Untuk yang
maki hamun tadi tu, terima kasih. Moga diberkati dunia akhirat.”
Bagi
admin, semua pihak perlu peka dan ambil tahu dalam bab-bab perkahwinan agar
urusan dipermudahkan. Boleh rujuk kepada jabatan agama kalau ada perkara yang
kurang pasti dan yang tidak tahu prosedur tolong la peka dan belajar semasa
hadir di kursus perkahwinan, prosedur dan rukun nikah semua diajar semula..tolong
ambil berat dan jangan sambil lewa bab agama.
Harap
kisah ini dapat dijadikan pengajaran buat kita nanti jika ingin melangkah ke
alam perkahwinan. Atas keizinan tuan empunya badan, identiti wanita ini
terpaksa disembunyikan.